BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SELAMAT DATANG

jom ikut

18 October 2010

PERLEMBAGAAN KELAB FALAK & ASTRONOMI

1. Kelab ini dikenali dengan nama KELAB FALAK DAN ASTRONOMI

2. Tempat mesyuarat Kelab ialah di PERPUSTAKAAN SMA DATO’ KLANA PETRA MAAMOR

3.Tujuan Penubuhan Kelab Falak & Astronomi :
- Memberi kesedaran dan pendedahan tentang kepentingan ilmu falak / astronomi yang berpaksikan kepada  Al- Quran dan As-Sunnah.

- Menggalakkan penyebaran Ilmu Falak dan Astronomi ke dalam masyarakat melalui aktiviti pendidikan.

- Melahirkan ahli cerdik Falak peringkat sekolah melalui program falak yang dianjurkan oleh Unit Falak  Jabatan Mufti Negeri Sembilan.

-Memberi pendedahan secara lebih jelas tentang perkembangan Ilmu Falak melalui aktiviti-aktiviti tahunan di SMAD Klana.

- Membantu perkembangan ilmu falak melalui buletin dan rancangan radio sekolah.

4. Keahlian
-Dibuka kepada semua pelajar SMAD Klana Menengah Atas yang
terdiri daripada tingkatan empat, lima dan enam.

-Syarat umur ahli hendaklah terdiri dari enam belas tahun ke atas.

-Terbuka kepada pelajar lelaki atau perempuan.

-Jumlah keahlian tidak melebihi 40 orang.

-Pelajar hendaklah mengisi borang permohonan untuk menjadi ahli
Kelab.

-Setiap permohonan menjadi ahli hendaklah disokong oleh Guru
Penasihat Kelab dan dihantar kepada Setiausaha untuk didaftarkan
ke dalam Rekod Keahlian.

-Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan hendaklah diterima masuk sebagai ahli Kelab.

5. Bayaran Masuk, Yuran –Yuran dan Lain-lain Bayaran

-Bayaran masuk dan yuran yang hendak dibayar adalah seperti berikut:-
- Pendaftaran RM 10

- Yuran Sebulan RM 2

- Yuran-yuran bulanan hendaklah dibayar kepada Bendahari terlebih dahulu
pada atau sebelum 5 haribulan bagi setiap bulan.

- Setiap kutipan hendaklah diserah kepada Guru Penasihat untuk keselamatan.

-Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada 2 bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh atau wakil Setiausaha dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dibayar.

-Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih daripada jumlah yuran bagi tiga bulan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Kelab , dan jawatankuasa dengan persetujuan Guru Penasihat boleh memerintahkan supayatindakan yang sah diambil terhadapnya, dengan kenyataan hutangnya terlebih dahulu.

-Yuran-yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dijalankan dengan persetujuan mesyuarat agung dan Guru Penasihat. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut di dalam masa yang telah ditetapkan, maka wang itu dianggap sama seperti hutang yuran bulanan.

6.Keberhentian Ahli
- Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Persatuan / Kelab hendaklah memberi kenyataan yang bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan membayar segala hutang-hutangnya.

7.Jawatankuasa
- Satu Jawatankuasa Persatuan hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Caranya ialah semua ahli mencalon, memilih dan melantik sesiapa sahaja melalui pengundian.

-Semua ahli adalah AJK Kelab.

-Tugas jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Kelab atau aktiviti-aktiviti mingguan dengan teratur dan tidak terkeluar dari dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh membuat tindakan bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung dengan tidak lebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa taat kepada keputusan Mesyuarat Agung. Jawatankuasa hendaklah membuat laporannya berkenaan kegiatan-kegiatannya di dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.

8. Jika seorang ahli Jawatankuasa tertinggi meletak jawatan, atau dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik lain ahli persatuan memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.

-Jawatankuasa dengan persetujuan Guru Penasihat boleh memberi perintah kepada Kelab. Ia boleh melantik pengurus-pengurus dan kakitangan –kakitangan yang difikirkannya mustahak. Ia boleh dengan persetujuan Guru Penasihat menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Kelab.

-Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat di dalam Mesyuarat Agung. Keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika atau sehingga tidak dirombak oleh keputusan Mesyuarat Agung.

0 comments: