BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

SELAMAT DATANG

jom ikut

18 October 2010

ISTIWA A'ZAM

PANDUAN ARAH KIBLAT

Mengadap arah qiblat merupakan satu perkara yang penting dalam Islam. Menurut syarak menghadap ke arah qiblat diertikan sebagai seluruh tubuh badan seseorang menghadap ke arah Kaabah yang terletak di Makkatul Mukarramah. Ia merupakan pusat tumpuan umat Islam bagi menyempurnakan ibadah tertentu.
Menghadap ke arah qiblat menjadi syarat sah bagi umat Islam yang hendak menunaikan solat samada solat fardu lima waktu sehari semalam atau solat-solat sunat yang lain. Kaedah dalam menentukan arah qiblat perlu kepada suatu ilmu khusus yang dipelajari atau sekurang-kurangnya meyakini arah yang dihalakan agar ia benar- benar menepati kehendak syarak.

Hukum Berkaitan Arah Qiblat.
Qiblat diertikan sebagai pusat tumpuan umat Islam dalam mengerjakan ibadah. Dalam konsep mengadap arah qiblat terdapat beberapa hukum yang berkaitan dengannya yang telah ditentukan oleh syarak iaitu:

a) Hukum wajib
1. Bagi yang ingin menunaikan solat sama ada fardu ataupun sunat dan ia merupakan syarat sah solat.
2. Bagi yang ingin melakukan tawaf di Baitullah.
3. Meletakkan kedudukan jenazah secara mengiring iaitu bahagian kanan dibawah di liang lahad ( kubur ).

b) Hukum Sunat
Bagi yang ingin membaca Al-Quran, berdoa, berzikir, tidur mengiring ( bahagian kanan dibawah ) dan lain-lain yang berkaitan.

c) Hukum haram
Ketika membuang air besar atau kecil di tanah lapang tanpa ada
dinding penghalang

d) Hukum makruh
Membelakangkan qiblat dalam sebarang perbuatan seperti membuang air besar atau kecil dalam keadaan tandas berdinding, tidur menelentang sedang kaki selunjur ke arah qiblat dan seumpamamya.

Maksud Dalil Al-Quran:
”Dan dari mana saja engkau keluar ( untuk mengerjakan solat ) hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram( Kaabah ). Sesunggunya perintah berqiblat ke Kaabah itu benar dari Allah ( tuhanmu ) dan ingatlah Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan”

Kaedah Penentuan Arah Qiblat
Matahari Istiwa Atas Kaabah. Mudah, tepat, praktikal dan ekonomi. Hanya dirikan tiang yang lurus dengan tegak di tempat lapang yang tidak terlindung dari mendapat cahaya matahari pada petang tersebut. Tandakan dan gariskan bayang tiang pada waktu yang tersebut. Garisan yang menghadap ke pangkal tiang adalah arah kiblat tempat anda.
Menurut hisab, peristiwa istiwa matahari di atas Kaabah akan berlaku setiap tahun pada :

i.) 28 Mei - 5.16 petang
ii.) 16 Julai - 5.28 petang

0 comments: